Pada minggu ke tujuh nanti, semua pelajar FYP 2 perlu menari tarian K-pop yang bertajuk Ringa Linga hasil nyanyian Taeyang. Walaupun hanya sekadar latihan tarian biasa tetapi kami perlu melakukan dengan penuh kesungguhan dan kesempurnaan. Setiap koreografi yang ditampilkan sangat serius dan penuh cermat sehingga tiada elemen suram dan kekosongan di situ. Saya yakin kami melakukan setiap latihan dengan fokus sehingga sebegini hasilnya yang mampu membuatkan para penonton kagum. Good Luck Guys !
Sunday, 11 October 2015
Repair or Extend (What the Love? Trailer)
Saya mengambil keputusan untuk membaiki character perempuan dibahagian muka. Saya tahu banyak kelemahan pada model. Saya tidak mahu mengambil risiko disebabkan masa kian suntuk.
Hanya 1 peluang sahaja yang dapat melepaskan diri dari cengkaman FYP 2 adalah fokus dalam animated. Terima kasih pada rakan-rakan yang memberi cadangan.
Final Background
Latar belakang animasi What the Love? banyak terjadi dikawasan perumahan. Pada gaya seni bina dan pelan bandar, sebuah teres atau rumah baris atau rumah pekan (walaupun yang kemudiannya juga dirujukkan pada rumah patio) adalah suatu gaya perumahan kepadatan tengah yang berasal dari Eropah pada lewat abad ke-17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimej-cermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres, dan sering lebih besar daripada rumah-rumah yang di tengah-tengah. Saya memilih konsep rumah teres bertingkat ala-ala european. Saya mengambil masa seminggu untuk model latar belakang ini dan seminggu untuk menghasilkan texture pada rumah-rumah tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)

